suria

Marah tak lama... Boss Susu ikhlas tegur produksi All Stars Gegar Vaganza, umpama nasihat bapa kepada anak

BUKAN mahu bermusuh, sebaliknya teguran diberikan usahawan Azmi Zainal kepada produksi All Stars Gegar Vaganza (ASGV) umpama nasihat seorang bapa kepada anak.

Azmi atau lebih mesra disapa Boss Susu berkata isu salah faham membabitkan dirinya selaku penaja dengan produksi berkenaan sudah diselesaikan secara baik.

“Posting saya itu lebih kepada nasihat... saya rasa itu adalah teguran seorang bapa kepada anak supaya jadi lebih baik.

“Kredit untuk mereka... sangat cepat bertindak dan mereka jadi lebih baik pada hari yang sama serta prestasi konsert baru-baru ini pun sangat baik,” katanya kepada mStar.

Menurut Azmi, dia bertindak memberi teguran di bilik kawalan (control room) produksi ketika itu kerana mahu produksi memperbaiki kelemahan dan tidak sambil lewa dalam menjalankan amanah.

“Dalam bilik kawalan tu suasana agak teganglah... sama dalam perniagaan, kalau saya tegur secara bersahaja agak-agak mereka nak dengar ke?

“Tapi saya jika tegur dalam nada sangat tegas, mereka akan bangun, itulah niat sebenarnya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi