PENDEDAHAN personaliti media sosial, Siti Jamumall mengenai sikap bekas suaminya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Selain rasa simpati, ada juga netizen mengecam tindakan Siti yang dilihat seolah-olah memburukkan bekas suaminya.
Menjawab mengenai perkara itu, Siti atau Siti Suriani Wahiddin berkata dia tiada niat untuk mengaibkan bekas suami, sebaliknya ia adalah luahan hati kerana sudah penat selepas melalui beberapa ujian perkahwinan sehinggalah penceraian mereka.
“Saya minta maaf sebab terpaksa ceritakan semuanya sebab orang tak tahu apa yang saya lalui, RM50 ringgit setahun itu memang benar.
“Banyak perkara saya lalui sepanjang perkahwinan dengannya dan terbaharu anak saya pun nak diambil oleh mereka tanpa pengetahuan.
“Penderitaan yang saya lalui sangat perit dan saya sudah tak tahan dan trauma,” kata Siti kepada mStar.
Dalam pada itu, Siti berkata dia bakal mengambil tindakan susulan terhadap bekas suaminya itu dengan memfailkan kes mahkamah berhubung tuntutan nafkah dan penjagaan anak.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI