CULAS bayar nafkah anak-anak, bekas isteri pendakwah bebas, Imam Muda Syed Faris iaitu Nur Hidayu terkilan dengan sikap bekas suaminya yang mengabaikan tanggungjawab tersebut.
Menurut Hidayu, 36, mahkamah telah memerintahkan Syed membayar nafkah sebanyak RM2,000 sebulan untuk lima orang anak, namun sehingga kini dia gagal melaksanakan perkara itu mengikut waktu yang ditetapkan.
“Makin lama makin banyak tunggakan bulanan yang tidak dijelaskan, jadi ia boleh menganggu proses pendidikan anak-anak.
“Untuk lima orang anak ini, mahkamah perintahkan bayaran sebanyak RM2,000 sebulan,” katanya kepada mStar.
Untuk rekod, Hidayu dan Syed telah bercerai pada 28 Mei 2020 dan sudah berkahwin baharu pada 20 Februari 2022.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI