suria

Jarang kongsi foto bersama suami, Linda Onn hormat permintaan tidak terlalu dedah hal peribadi

PENYAMPAI radio Linda Onn memberitahu dia lebih selesa untuk tidak terlalu mendedahkan kehidupan peribadi dan keluarganya di media sosial.

Kata Linda atau Rozlindah Onn, 45, keputusan itu dibuat atas permintaan suami yang enggan terlalu menonjol di media sosial dan mahu kehidupan sederhana.

“Lebih baik orang tahu Linda Onn buat apa, hal urusan kerja cumanya mengenai keluarga ada juga selitkan di Instastory ada la sikit.

“Kenangan di media sosial bagi saya tak perlu dikongsikan sangat dengan orang ramai, asalkan ada yang tahu kami bahagia, itu sudah memadai.

“Saya menjaga privasi keluarga yang mana suami saya seorang pemalu, suami saya agak susah nak ambil gambar, apatah lagi berkongsi di media sosial, saya hormat keputusan suami yang tak mahu didedahkan sangat,” kata Linda kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi