suria

Hafreez Adam suka wanita ‘educated’ dan matang, tak mahu letak harapan tentang jodoh

PELAKON Hafreez Adam memberitahu buat masa ini dia belum terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya meskipun ada ramai wanita cuba mendekati dirinya.

Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, 33, berkata sifatnya yang agak introvert itu membuat dia sukar untuk didekati dalam kalangan wanita.

“Tipu la kalau kata saya tiada pengganti atau mencuba mungkin ada yang tahu sebab dia pun public figure juga, bukanlah tutup pintu hati sepenuhnya cuma sekarang ni pun masih lagi mencuba.

“Saya seorang yang introvert, susah nak bergaul dengan orang serta susah nak turunkan wow tu kepada semua jadi proses untuk mengenal orang baharu tu mengambil masa lama jadi bukan mudah untuk saya ke arah itu.

“Mungkin ramai yang mencuba akan rasa saya ni bukan pasangan yang sesuai kot dengan karekter saya ni,” kata Hafreez kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi