suria

Dah 4 tahun hijrah ke Kelantan, hati Arja Lee belum terbuka untuk kembali aktif bidang hiburan

SEJAK berhijrah ke Kelantan, pelakon Arja Lee mengakui berlaku perubahan hidupnya dalam karier terutamanya melibatkan bidang seni.

Kata Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 40, dia kurang aktif dalam industri seni kerana kini fokusnya tertumpu sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan.

Meskipun selesa menjalani kehidupan di Kelantan namun Arja memberitahu dia masih lagi berhubung dengan rakan industri.

“Arja Lee masih tetap orang yang sama cumanya kematangan tu boleh dilihat dengan cara saya bawa diri agak berbeza kerana semakin meningkat umur dan kematangan perlu dijelaskan.

“Kawan saya dalam industri sebenarnya tak ramai mana pun, jadi kami masih berkawan sehingga sekarang, walaupun sudah berhijrah ke Kelantan tapi media sosial hubungkan kami mungkin agak kurang,” kata Arja kepada mStar.

Ditanya mengenai keinginan untuk berpindah ke ibu kota semula, Arja memilih untuk menetap di Kelantan kerana ingin berbakti kepada anak bangsa.

Dalam perkembangan lain Arja kini sedang bergiat aktif dalam aktiviti kesenian di bawah Malaysian Craft Counsil dan bakal mengadakan Festival Seni Hidup pada 20 Oktober nanti di Lala Port, Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi