suria

Asyik bawa watak sama dalam drama, Redza Rosli baca komen penonton tapi tak tolak rezeki... “Terima kasih tegur”

DIKATAKAN sering melakonkan watak yang sama dalam drama, pelakon Redza Rosli menerima kecaman netizen di media sosial.

Selain kecaman, ada juga mendakwa Redza seperti anak kesayangan stesen televisyen berkenaan kerana sering menerima tawaran lakonan.

Mengulas mengenai perkara itu, Redza atau nama Ahmad Redza Rosli, 30, memohon maaf jika terdapat kekurangan dalam lakonannya dan tidak ambil peduli kecaman itu kerana menggangap itu adalah rezeki yang sudah tertulis.

“Kita sebagai manusia pasti nak lakukan perkara yang baru, saya juga mengharapkan ada rezeki lain dan sebenarnya ada tawaran luar untuk lawan zon selesa saya tapi saya tunggu dulu drama Gugurnya Bunga Cinta ni habis.

“Orang luar berhak untuk komen apa saja, cuma ia adalah rezeki yang sudah tertulis buat saya dan harus menghormati itu, siapa saya nak menolak sebab saya ada komitmen yang perlu ditanggung.

“Saya minta maaf sekiranya ramai yang kurang senang melihat personaliti saya mahupun lakonan saya dalam drama dan saya janji akan perbaiki untuk masa akan datang,” kata Redza kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi