suria

“Jangan labelkan semua penyanyi dangdut sama” - Haiza jaga tingkah laku atas pentas, sedar diri dah berkeluarga

PENYANYI Haiza Hanafi meluahkan rasa lega kerana sepanjang bergelar penyanyi dangdut dia tidak pernah terpalit dengan kontroversi panas atau imej seksi.

Haiza atau Rohaizah Nordin berkata dia perlu mengekalkan imej bersih serta bebas kontroversi kerana mahu menjaga maruah dirinya serta keluarga.

“Semestinya saya selesa sebab menjaga perkara ini daripada mula bernyanyi sehingga sekarang, rasanya kadang-kadang berbaloi sebab untuk berada dalam industri dangdut ini untuk kekal bersih agak susah sebenarnya.

“Saya sebenarnya dibantu oleh orang sekeliling malah saya sering ingatkan diri untuk menjaga tingkah laku, mungkin peristiwa yang berlaku pada awal kemunculan dulu buatkan saya lebih berfikir untuk kesannya.

“Janganlah anda fikir semua penyanyi dangdut itu sama, tak semua macam itu... mungkin penyanyi lain lebih selesa dengan imej sedemikian tapi bagi saya tidak kerana setiap orang mempunyai cara yang berbeza,” kata Haiza kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi