suria

Pak Nil aktif kerja amal, sumbangan kepada rakan artis bukan rendahkan martabat anak seni

PENGACARA Datuk Aznil Nawawi meluahkan rasa teruja dan terharu apabila dapat membantu menghulurkan sedikit sumbangan kepada artis veteran menerusi program amal terbitan mStar iaitu mStar Baek.

Aznil, 61, yang dilantik sebagai duta produk Eskayvie bagaimanapun berkata sumbangan yang diberikan bukanlah untuk merendahkan martabat selebriti terpilih sebaliknya bertujuan menyuntik semangat anak seni yang pernah berbakti kepada negara satu ketika dahulu.

“Sewaktu mStar menjemput Pak Nil jadi ikon seni, saya terus memberikan pendapat kepada pihak Eskayvie untuk sertai dengan memberikan sedikit sumbangan kepada program mStar Baek ni... mereka tak fikir panjang terus bersetuju membuat keputusan ini.

“Kami harap sumbangan ini dapat menarik usahawan lain untuk sama membantu menyalurkan sumbangan berbanding hanya menayangkan kemewahan saja.

“Selagi ada upaya daripada segi kewangan atau kudrat, Pak Nil nak bantu mereka,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi