suria

2.6 juta lelaki ada masalah ‘game’ awal, lantang bersuara mahu elak penceraian... Dr Samhan tak ambil hati dilabel doktor lucah

DOKTOR dan personaliti media sosial Dr Samhan tidak terasa hati apabila dilabel sebagai doktor lucah susulan sering berkongsi tentang masalah seksual yang dihadapi pasangan suami isteri.

Dr Samhan atau Ahmad Samhan Awang, 37, berkata, statistik 2.6 juta lelaki dewasa di Malaysia yang mengalami masalah ejaklusi pramatang membuatkan dia tekad bersuara mengenai isu itu sekali gus membantu pesakit mendapatkan rawatan.

"Ada satu kes seorang wanita minta bantuan daripada saya sebab sudah lima tahun tidak 'bersama' suami yang tinggal berjauhan... Lebih parah suami hilang keyakinan sebab setiap kali 'bersama' akan 'game' awal.

"Ada sampai satu tahap perkara macam itu boleh menyebabkan penceraian, itu yang saya risaukan.

"Sebab itu saya tidak kisah orang panggil saya Dr lucah, apa paling penting saya dapat memberi kesedaran dan membantu mereka berdepan masalah ini," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi