suria

Projector Band masih hidup dalam industri muzik, tiada peluang kedua untuk bekas vokalis

GITARIS kumpulan Projector Band iaitu Angah memberitahu dia enggan memberikan peluang kedua buat bekas vokalis kumpulannya iaitu Iskandar untuk kembali bersama meskipun mendapat permintaan dalam kalangan peminat.

Angah atau nama sebenarnya Angah atau nama sebenarnya Razif Zainudin, 31, berkata keputusan itu adalah muktamad kerana dia serik untuk bekerjasama dengan bekas vokalisnya sebelum ini.

“Saya dengan Is okay tapi untuk peluang kedua tu mungkin tidak rasanya sebab saya sudah penat dengan apa yang pernah lalui dengan dia dulu.

“Banyak yang anda tak tahu sebenarnya apa yang terjadi sebelum ini saya malas nak dedahkan biar saya seorang saja yang tahu apa yang terjadi.

“Saya malas nak ulas banyak cuma satu je saya nak cakap yang saya izinkan Is untuk gunakan lagu Projector Band tapi dengan syarat kena gunakan nama kumpulan tu di belakang,” kata Angah kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi