suria

Anak Issey masih ingat insiden hampir jadi mangsa langgar kereta, trauma masuk kedai kucing

PELAWAK dan penyampai radio Issey Fazlisham memberitahu anaknya iaitu Faaeq Fathiah mengalami trauma selepas hampir menjadi mangsa langgar sebuah kereta yang tiba-tiba mengundur secara mengejut di sebuah kedai haiwan di Puncak Alam, Selangor pada 7 September lalu.

Cerita Issey atau Fazlisham Mat Husin, 35, seminggu selepas kejadian, dia dan keluarga kembali ke kedai berkenaan untuk membeli barang kucing dan melihat anak lelakinya itu berada dalam ketakutan.

“Seminggu selepas kejadian kami sekeluarga pergi ke kedai kucing itu balik untuk beli barang.

“Bila bawa anak (Iyyen) ke sana dia ingat... dia macam tengok tempat tu dia terus takut dan peluk mak serta pegang kakaknya.

“Sebab itu sebagai bapa, kita kena jaga emosi dan perasaan anak serta janganlah mereka terdedah dengan perkara melibatkan kemalangan,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Issey turut menjadi salah seorang selebriti yang memeriahkan Pantai Timur Food Festival di Anjung Floria, Putrajaya bermula 29 September sehingga 1 Oktober 2023.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi