suria

Enggan jejas karier dibina sejak kecil, Fimie Don kongsi cara tak terpalit kontroversi

SUDAH melibatkan diri dalam dunia seni sejak kecil, pelakon Fimie Don tetap berhati-hati dalam setiap tindak tanduknya agar namanya tidak terpalit dengan kontroversi yang mampu menjejaskan karier seninya.

Fimie atau Shafimie Saedon, 25, bagaimanapun berkata, dia tidak menilai seseorang yang mencipta nama dalam industri dengan kontroversi kerana ia tetap satu bentuk publisiti meskipun ia tentang perkara buruk.

"Saya tak kata saya tiada kontroversi tapi saya jenis tak layan kerana bukan perkara itu yang saya kejar.

"Tapi kalau rezeki seseorang itu bermula dengan kontroversi, bukan bererti pengakhiran mereka buruk dan saya sendiri pun mungkin bermula dengan baik tetapi penutupnya belum tahu lagi mcam mana," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi