suria

Caliph Busker tak halalkan hutang, penganjur hilang diri belum selesai baki 80 peratus bayaran tertunggak

VOKALIS kumpulan Caliph Buskers iaitu Azmi Saat tidak akan menghalalkan baki bayaran tertunggak yang masih belum dilunaskan oleh penganjur selepas mereka menjayakan persembahan di Pulau Pinang pada Disember tahun lalu.

Cerita Azmi, 36, mereka masih belum menerima baki sebanyak 80 peratus dan terpaksa menagih bayaran daripada penganjur berkenaan.

“Fasal tak dapat bayaran tu bulan Disember tahun lepas punya cerita... kita dah dapat sikit, kita memang minta sangat-sangat kalau tak dapat bayar habis pun tolonglah beri sedikit untuk kos pengangkutan kami dan bayar gaji krew.

“Pihak penganjur ada bagi sikit dan lepas untuk kos berkenaan tapi baki selebihnya masih tidak dapat apa-apa.

“Dah dibayar ada dalam 20 peratus dan 80 peratus lagi senyap... kalau nak kata kami dah halalkan ke tak, tidak memang kami akan tuntut,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi