suria

Kesihatan Yasin Sulaiman sedikit merosot, mahu segera pulang ke Hospital Tanjung Rambutan

PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman berharap perbicaraan kes dadah yang sedang dihadapi olehnya selesai segera kerana dia mahu kembali menjalani rawatan di Hospital Tanjung Rambutan.

Kata Yasin, 48, keadaan kesihatannya sedikit merosot selepas rawatan itu tertangguh dan dirujuk kepada Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC).

“Proses di mahkamah memakan masa lebih daripada apa yang jangkakan... sementara ini kesihatan saya di bawah rujukan UMSC.

“Sejak bulan lepas UMSC telah mengeluarkan satu notis bahawa kesihatan saya sudah mula merosot kembali.

“Sedikit sebanyak menimbulkan rasa kegusaran buat saya.

“Jadi saya harap proses mahkamah segera dapat dihabiskan dengan baik dan mudah-mudahan saya dapat kembali ke Hospital Tanjung Rambutan untuk melengkapkan rawatan saya,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Yasin sudah menjalani proses rawatan di Hospital Tanjung Rambutan selama 56 hari.

Bagaimanapun, proses tersebut ditangguhkan kerana penyanyi itu dilepaskan sementara waktu bagi menghadapi perbicaraan mengenai kes dadah melibatkan dirinya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi