suria

Ajak perlahankan bidang komedi, sibuk urus produksi mahu cari bakat baharu… “Ramai adik-adik DM”

PELAWAK dan penyampai radio Ajak Shiro memberitahu dia kini bakal memperlahankan kariernya sebagai pelawak bagi memberikan fokus kepada syarikat produksi miliknya iaitu Baba House Production.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanafi Razak, 37, berkata tujuan dia aktif menguruskan produksi itu adalah kerana mahu memberikan peluang kepada pelapis baharu bagi terus memperjuangkan industri komedi.

“Sekarang ni tengah sibuk uruskan produksi saya, hasilkan serta mengarahkan beberapa telemovie, malah akan datang ada telemovie yang akan disiarkan di Astro tidak lama lagi berjudul Baby Sita.

“Bukanlah sepi dalam bidang lawak cumanya sekarang ini lebih selesa untuk lihat bakat-bakat baharu dalam bidang komedi ni, mungkin saya ni dah sampai tahap penghujung jalan karier lawak ni.

“Ramai juga budak-budak yang mesej saya untuk minta tawaran berlakon, InsyaAllah kalau ada rezeki memang saya akan panggil lagipun saya dulu bermula daripada bawah juga seperti pelakon tambahan,” kata Ajak kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi