suria

Selepas 45 tahun Khadijah Ibrahim tetap ‘maintain’, ada rahsia kekalkan nama dalam industri

KEHADIRAN penyanyi generasi baharu langsung tidak membuat penyanyi veteran Datuk Khadijah Ibrahim tergugat malah mengalu-alukan kehadiran mereka mewarnai dunia seni suara.

Khadijah, 64, bagaimanapun berkata, artis zaman hari ini cuma perlu lebih bijak mencari peluang dalam mengembangkan dan memperkukuhkan karier dan tidak hanya bergantung kepada populariti semata-mata.

Jelasnya, perkara itu tidak akan kekal lama sebaliknya cara mengurus dan merancang perjalanan karier dapat membantu seorang artis itu bertahan lama.

"Apabila ada bertanya saya tergugat atau tak dengan orang baru sebenarnya tak... Saya masih sibuk buat persembahan selain menguruskan perniagaan yang diusahakan sejak sekian lama.

"Bagi saya nak kekal lama mereka tak boleh hanya kejar populariti sebaliknya bijak mencari peluang dan ruang untuk bertahan lama," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi