suria

Henry Gurney ubah hidup influencer ini, pengalaman 14 hari dalam bilik pengasingan terpahat dalam hati

ISTIMEWA episod pertama Bual Kerusi Lipat, mStar bertemu dengan personaliti media sosial yang juga bekas pelajar Sekolah Henry Gurney iaitu Izzad Daniel.

Selama tiga tahun berada di sekolah berkenaan, Izzad atau Muhammad Izzad Daniel Abdullah, 24, meluahkan rasa syukur pengalaman dimasukkan ke sekolah itu membuka matanya untuk menjadi seorang manusia berjaya.

Kini Izzad bukan sahaja dikenali sebagai content creator malah merupakan seorang motivator dan memiliki perniagaan mencetak baju.

Cukup banyak pengalaman dan kisah menarik dikongsi Izzad sepanjang tiga tahun di Sekolah Henry Gurney.

Jom tonton video temu bual penuh Izzad bersama wartawan mStar Amin Hazlan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi