suria

Ismahalil teruja nak nikahkan anak sulung, kali pertama jumpa bakal menantu di penjara

BEKAS penyampai radio Ismahalil Hamzah meluahkan rasa bersyukur apabila akhirnya hasrat untuk menjadi wali serta menikahkan sendiri anak sulungnya iaitu Saidatul Nadiah bakal tercapai pada Oktober depan.

Berkongsi mengenai perkara itu, Isma, 49, bagaimanapun berkata dia bersyukur segala persiapan serta pembelanjaan perkahwinan anaknya itu diuruskan sepenuhnya oleh isteri pertamanya.

“Abang dapat tahu anak nak bertunang jadi saya terima dan reda dengan pilihannya, perjumpaan pertama ingatkan nak jumpa di mahkamah boleh bersalam tapi dia tak free, jadi jumpalah kami di penjara berbual melalui telefon.

“Hasrat abang Isma untuk menikahkan anak tu Alhamdulilah tercapai tapi kalau tanya daripada segi persiapan semua abang tak tahu sebab pihak sebelah sana uruskan.

“Segala perbelanjaan perkahwinan tu semua diuruskan oleh bekas isteri sebab modal saya sudah habis bayar peguam dan perbelanjaan sewaktu dalam penjara,” kata Isma kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi