suria

Ahmad Idham senyum filem lama arahannya masuk FYP, nasihat pengarah muda jangan cepat ‘koyak’

PENGARAH Ahmad Idham menasihati pengarah muda supaya jangan mudah melatah jika berdepan kecaman netizen mengkritik karya mereka.

Mengulas mengenai perkara itu, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 49, berkata, kritikan dan kecaman adalah sebahagian daripada perjalanan seorang pengarah.

Justeru itu, kritikan haruslah dipandang daripada sudut positif dan bukannya negatif.

“Saya tengok sekarang ramai pengarah baharu cepat ‘melompat’,

“Nasihat saya pada mereka rilek sikit sebab kritikan adalah sebahagian daripada perjalanan seni kita sebagai pembuat filem.

“Cuma bagaimana cara tangani kecaman tersebut, kalau komen membina kita terima kritikan itu tapi kalau menghina abaikan saja,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Idham baru sahaja selesai penggambaran filem Anak Perjanjian Syaitan 2 yang dibarisi pelakon utama seperti Eyka Farhana, Alif Satar dan Fasha Sandha.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi