suria

Tenang dituduh ‘scammer’, tahap kesabaran DDNK ‘tak hensem takpe janji kaya’ disamakan dengan ulama

KEKAL tenang berdepan kritikan netizen, pakar pengurusan dan pelaburan kewangan iaitu Datuk Dr Nazri Khan berkata dia memiliki tahap kesabaran yang tinggi meskipun dikritik hebat di media sosial.

Kata Nazri atau Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 48, dia percaya satu hari nanti namanya akan bersih kembali dan menjadi sumber kekuatan orang ramai.

“Saya seorang cool... ramai yang cakap saya mempunyai tahap kesabaran macam ulama mungkin sebab saya tenang.

“Saya yakin di pengakhirannya netizen tidak bodoh dan saya kena tukar pemikiran orang yang kecam kita tu sebab kasihan dekat mereka sebab macam budak-budak.

“Akhirnya orang akan tahu dan kecaman yang saya terima akan bersih seterusnya memberi kekuatan kepada saya,” katanya kepada mStar.

Sejak tahun 2021, Nazri mendakwa namanya telah digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk skim penipuan pelaburan.

Dia mengesan ada pihak menggunakan akaun palsu di media sosial untuk melakukan penipuan menggunakan namanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi