suria

Selepas bayi kembar dalam kandungan isteri hilang, Azlan Komeng dedah terima gangguan sihir pemisah

PELAKON Azlan Komeng mendedahkan bahawa rumah tangganya sekali lagi diduga apabila ada individu menghantar ilmu hitam sihir pemisah bagi merosakkan hubungannya dengan isteri.

Kata Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 47, dia dan isteri iaitu Nur Nilam Ortiz, 47, sedang dalam proses rawatan bagi memulihkan gangguan itu.

Meskipun berikhtiar mendapatkan rawatan, Azlan berkata dia tetap meletakkan kepercayaan kepada Allah SWT sebagai tempat untuk meminta pertolongan.

“Kami dalam proses, Alhamdulillah ada kawan-kawan yang datang dan beri cadangan tempat berubat.

“Cuma untuk tahap sekarang ini saya menekankan pada isteri saya supaya percaya kepada Allah terlebih dahulu.

“Kuatkan iman bersembang dengan Allah minta dengan Allah kemudian kita berusaha, saya bimbang dia lebih percaya kepada perawat,” katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar baru-baru ini, Nilam memberitahu bayi kembar dalam kandungannya yang berusia lapan bulan tiba-tiba hilang.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 22 Januari tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan keempat Azlan sementara kedua pula buat Nilam.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi