suria

Zara Zya bawa diri sesuai imej hijab, doa kekal istiqamah… Dulu nampak baju seksi di mall pun rasa nak beli

HATI pernah berbolak balik, pelakon Zara Zya mengakui bukan mudah untuk dia kekal istiqamah di awal penampilannya berhijab.

Kata Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, dahulu jika dia terlihat baju-baju cantik tetapi kurang sesuai digayakan wanita berhijab, pasti timbul keinginan untuk membelinya.

Namun Zara berkata kini perasaan untuk bergaya dengan fesyen berkenaan sudah tiada.

“Bila saya keluar shopping dan nampak pula baju cantik tapi baju tu untuk perempuan free hair.

“Jadi saya macam nak beli atau tidak... dulu beli tapi saya pakai dekat rumah, memang beli baju-baju yang daring yang tak sesuai dengan penampilan berhijab.

“Tapi lama-kelamaan perasaan itu berlalu maksudnya ia perlahan-lahan hilang, baju-baju tu pun saya dah bagi dekat orang, sekarang banyak baju ke arah muslimah,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi