suria

“Jangan sesekali datang, aku tendang”… Black Hanifah hampir buat isteri menangis, risau kehadiran orang ketiga

HANGAT di media sosial berita seorang TikToker kahwin dua, isteri kepada penyanyi Black Hanifah iaitu Cira Khairy mengakui turut terkesan dan timbul kebimbangan apabila membaca kisah itu.

Cira atau nama sebenarnya Naquia Yasirah Mohd Khairi, bagaimanapun berkata dia masih memberikan kepercayaan penuh kepada suaminya itu malah tidak menyekat untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa.

“Bila lihat isu Abang Tesla ni memang la risau malah ada setengah orang kata tak perlu sebab Black ni tak kacak tapi ada juga yang taste dekat dia ya.

“Alhamdulilah buat masa ni memang tak ada yang ganggu suami saya cumanya kalau boleh elakkan perkara itu berlaku kepada keluarga kami.

“Selagi saya percaya dia semuanya baik-baik saja, lagipun saya benarkan dia lakukan apa saja sebab dia seorang yang family man sebab tu Alhamdulilah saya tak risau,” kata Cira kepada mStar.

Sementara itu, Black berkata dia sama sekali tidak akan menduakan isterinya kerana wanita itu menjadi tulang belakang yang menyokongnya ketika susah dan senang.

“Penat lelah kita bersama sampai hari ini, saya kena fikir panjang kalau nak rosakkan hubungan ini.

“Takkan (curang)... Jangan sesekali korang (pengganggu) datang, akan aku tendang,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi