suria

Bayaran rendah pun rezeki, Muss tak ‘demand’ buat kerja setimpal harga ditawar… “Boleh deal, tak perlu bising-bising”

PENYANYI Muss berkongsi pengalaman yang tidak boleh dilupakan semasa membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu pada tahun 1989.

Kurang berpuas hati dengan persembahannya ketika itu, Muss atau nama sebenarnya Mustaffar Din, berkata insiden itu memberi kesan mendalam buat dirinya supaya tidak melakukan kesilapan sama.

“Kalau nak cerita pengalaman memang terlalu banyak sebab pernah bersama May kemudian bergerak solo pula bermula tahun 1986 dulu, pernah masuk Anugerah Juara Lagu dan gagal untuk perform waktu tu.

“Kita terlalu muda waktu tu dan band pun masih baru jadi persediaan untuk rancangan televisyen agak kurang bersedia, lagipun waktu tu banyak show jadi kami tak fokus pada persembahan AJL ketika itu.

“Kegagalan waktu itu jadikan satu pembakar semangat untuk lakukan lebih baik pada masa akan datang dan perkara itu yang buatkan saya jadi lebih bermotivasi untuk kekal bertahan sehingga sekarang,” kata Muss kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Muss bakal beraksi di Konsert Semangat Zaman pada 29 September depan dan membariskan penyanyi seperti Datuk Nash, Joey (Bumiputera Rockers), Aris (Ariwatan), Yantzen (Rusty Blade), Rahmad (Mega), Jatt (Black Dog Bone), dan Bandi (Amuk).

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Muss, sensasi, May, tular, fyp, trending, AJL, muzik, mStar.


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi