suria

Zulhadi hilangkan diri kerana masalah kewangan dan keluarga, tertekan sampai tak mahu jawab panggilan telefon

SELEPAS tampil single kedua berjudul Kau Tak Berubah, penyanyi Zulhadi dilihat seakan menyepi dan mendiamkan diri dalam industri muzik.

Zulhadi atau nama sebenarnya Zulhadi Mad Rakman, 21, berkata dia mendiamkan diri kerana sedang berdepan masalah kewangan dan isu keluarga.

Disebabkan itulah, Zulhadi memilih untuk memperlahankan karier nyanyian dan memberikan tumpuan penuh kepada pekerjaan kru belakang tabir.

“2023 ni saya banyak sibukkan diri macam bersukan dan kerja tapi dalam bidang nyanyian memang saya perlahankan sebab ada masalah dengan keluarga serta diri sendiri juga.

“Orang mungkin nampak saya macam bermasalah sebab saya diam dan kadang-kadang pihak pengurusan hubungi pun saya matikan panggilan tersebut, rakan-rakan artis dan di sosial media pun saya memang diam terus.

“Buat masa sekarang ini dalam bidang nyanyian memang saya sepi sekejap dan fokus kepada pekerjaan lain tapi nak cakap rindu tu memang ya cumanya saya harap doakan untuk saya supaya dapat kembali hiburkan anda,” kata Zulhadi kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi