suria

Aktif dunia komedi, Adlin Aman Ramlie mahu hidup lebih enjoy… Tidak terlalu serius sampai nampak poyo

DAHULU pelakon Adlin Aman Ramlie digelar seorang yang tegas dan berperwatakan garang semasa di televisyen, namun kini tidak lagi.

Adlin, 51, berkata dia kini memilih untuk memvariasikan karakter dirinya terutamanya dalam lawak komedi untuk bergelar sebagai pelawak.

Ini kerana dia mahu netizen melabelkan dirinya sebagai seorang yang sombong dan poyo.

“Horoskop saya ni sebenarnya Germini, jadi ada pelbagai personaliti... kalau kawan-kawan yang selalu lepak sama tahu saya ni seorang yang macam mana bila bergurau memang agak kasar.

“Sebenarnya bukan nak ubah personaliti tapi cumanya nak suburkan personaliti Adlin tu sendiri supaya tidak hilang deria sendiri.

“Apabila kita makin otai atau berjaya jadi kita pun macam poyo atau serius sangat sampai nak bergurau pun tak boleh, nak berkawan dengan orang muda pun tak boleh... jadi saya rasa tak seronok dengan kehidupan itu,” kata Adlin kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi