suria

Isu buli buat Faizal Tahir bimbang, didikan perlu bermula dari rumah... Minta jangan salahkan guru semata-mata

PENYANYI Faizal Tahir berpandangan masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah sebolehnya dibendung bermula dari rumah.

Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 45, berkata, ibu bapa memainkan peranan besar dalam mendidik anak-anak dalam menjauhi budaya buli yang semakin meruncing dalam kalangan pelajar sekolah.

Tambah penyanyi lagu Santai ini, akhlak Rasulullah SAW juga patut dijadikan contoh dan ikutan generasi muda dalam membendung isu berkenaan.

"Bermula daripada rumah sebenarnya, cara ibu bapa uruskan anak-anak.

"Sama juga dengan pembuli, ia bermula dari rumah... Jangan salahkan satu pihak sahaja.

"Sejujurnya kalau kita menitikberatkan pendidikan agama khususnya tentang akhlak dan ambil kisa Nabi Muhammad SAW, insya-Allah masalah ini boleh berkurangan," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi