suria

Tubuh kumpulan baharu ‘Box Million Story’, Akram jawab dakwaan bertengkar sampai tinggalkan Floor88

GARA-GARA menubuhkan kumpulan muzik baharu diberi nama Box Million Story, drummer Floor 88 iaitu Akram dikatakan mengalami krisis bersama band lamanya itu.

Menyangkal dakwaan tersebut, Akram atau nama sebenarnya Muhammad Akram, berkata dia masih bersama Floor88 dan kumpulan itu memberikan sokongan penuh terhadap band baharunya itu.

“Punca saya wujudkan kumpulan itu sebab saya juga ada hasilkan lagu... kebanyakan lagu itu kurang sesuai untuk dinyanyikan oleh Ayie.

“Saya pun nak berkarya dan cuba cari penyanyi ada nama dalam Malaysia ni untuk nyanyikan lagu ciptaan saya tapi ada yang tidak berikan respon dengan baik dan hanya senyap saja. Daripada situlah saya terfikir wujudkan kumpulan ni.

“Alhamdulilah Floor88 memahami dan berikan sokongan penuh terhadap kumpulan saya ni, walaupun ada kumpulan ini tetapi keutamaan saya tetap kepada Floor88, tak mungkin saya lupa asal usul dan tak ada isu pun untuk kami bergaduh pun,” kata Akram kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Akram sedang sibuk mempromosikan single terbaharu kumpulannya iaitu Box Million Story yang berjudul Putri Impian kini boleh didengari menerusi platform digital Youtube.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi