suria

Dua kali gagal kerana depresi dan tekanan, influncer ini lupakan hasrat jadi doktor... Tak kedekut kongsi ilmu perubatan di TikTok

DUA kali gagal menamatkan pembelajaran sepanjang tempoh bergelar doktor pelatih, TikToker dikenali sebagai Dr Wan Share reda dan nekad melepaskan impian untuk bergelar sebagai doktor.

Kata Wan atau Muhammad Hazwan Nazri, 30, punca dirinya tidak mampu teruskan perjuangan dalam bidang perubatan adalah kerana mengalami masalah depresi dan kecelaruan stres pascatrauma (PTSD)

“Kali pertama jadi doktor pelatih saya depresi, kali kedua pula PTSD.

“Waktu first housemen saya memang betul-betul terasa gangguan mental disebabkan persekitaran.

“Saya berhenti pada 2018 sebab saya pernah terfikir untuk cederakan diri dan itu memang petunjuk bahawa saya ada depresi,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Wan bergelar doktor pelatih pada tahun 2018 dan 2022.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi