suria

Tinggal bilik premium sahaja, suami kesal isteri sakit diminta ‘discharge’ awal pagi… “Berilah budi bicara, cakap elok-elok”

KESAL diminta keluar dari sebuah hospital swasta di Selangor pada pukul 4 pagi, lelaki bernama Muhammad Farqhan meluahkan rasa kecewa itu menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Kata Farqhan, 33, apa yang membuatkan dirinya bengang apabila isterinya menelefon dan berkata pihak hospital meminta untuk keluar dengan kadar segera.

“Saya balik ke rumah untuk menukar baju, isteri saya telefon kata doktor dan pegawai perubatan mendesak isteri saya untuk discharge dan balik seorang diri,

“Ia menyebabkan saya marah dan patah balik ke hospital dan panggil doktor tersebut kembali.

“Saya tanya adakah doktor menghalau dan doktor kata tidak menghalau tapi perlu discharge segera, kira halaulah tak boleh duduk situ,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, isteri Farqhan iaitu Wan Raihana Zafirah, 28, sudah dimasukkan ke wad dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi