suria

Anak-anak membesar di negara mat salih, Azah Aziz risau orang Malaysia tak terima... “Mereka dalam proses belajar budaya sini”

PELAKON era 90-an meluahkan rasa terkejut serta tak menyangka apabila kepulangan ke tanah air baru-baru ini menerima komen negatif daripada segelintir netizen di media sosial.

Ada segelintir netizen membuat pelbagai andaian mengenai kepulangannya termasuklah membuat spekulasi dia sudah bercerai dengan suaminya iaitu Daud Leroy Abdullah.

Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz bagaimanapun berkata dia tidak ambil peduli dengan kata-kata itu sebaliknya memandang ia daripada sudut positif.

“Saya senyap dan malas balas sebab kalau saya layan nanti ia akan melarat, mereka nak fikir apa tu terpulang la, kadang-kadang bila tak post gambar dengan suami kemudian ada orang kata macam-macam sedangkan suami tak mahu bergambar.

“Ya terkejut juga pada mulanya sebab ada yang sanggup kata macam tu, ada yang kata saya bergaduh dan bercerai dengan suami sebab tu pulang ke Malaysia.

“Nasib baik suami saya sejenis orang tak layan media sosial dan tak kisah sangat pun apa orang nak bercakap,” katanya.

Dalam pada itu, Azah berkata apa yang menjadi kebimbangannya ialah penerimaan orang ramai terhadap tiga anak lelakinya yang masih dalam proses mempelajari budaya dan kehidupan Malaysia.

“Saya risaukan pada anak saja.

“Harap orang Malaysia boleh terima mereka seadaanya sebab mereka tak berapa fasih berbahasa Melayu sangat,” kata Azah kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi