suria

Terima bayaran RM300, tak bertegur dengan Abam… Achey imbau kenangan sukar bersama Bocey

PELAWAK Achey memberitahu kumpulan Bocey pernah menerima bayaran rendah sewaktu awal kemunculan mereka pada tahun 2014.

Meskipun menerima bayaran sedemikian, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata perkara itu sama sekali tidak menjadi penghalang buat mereka untuk terus membina nama.

“Ketika awal kemunculan bersama kumpulan Bocey, kami pernah menerima bayaran rendah dan cukup-cukup makan saja... ketika itu dapat buat show di Sandakan, Sabah.

“Kami dapat bayaran dalam RM300 seorang tapi kami ambil juga job tu sebab nak cipta nama pada ketika itu.

“Waktu nak balik tu kami bertiga terpaksa korbankan duit yang kami dapat sebab nak bayar duit parkir kereta berjumlah RM700 dan akhirnya baki dalam beberapa ratus saja yang kami dapat, kalau tanya Fad Bocey mungkin dia akan ingat peristiwa ini,” kata Achey kepada mStar.

Dalam pada itu, Achey turut mendedahkan ahli kumpulan Bocey lain iaitu Fad dan arwah Abam juga pernah berdepan pergolakkan dan tidak bertegur sapa akibat salah faham.

Namun perkara itu dapat diselesaikan dengan baik dan tidak berpanjangan.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi