PELAKON Amelia Henderson mengambil pendekatan untuk tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penerbit drama Datuk A. Aida seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini. Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, berkata, dia sudah mendapat perintah dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu bagi penggantungan untuk membuat permohonan maaf termasuk tidak perlu menurunkan semula video tentang A. Aida yang dikongsi di media sosial miliknya sebelum ini. Pelakon filem Pulau itu memberitahu penangguhan itu diteruskan sehingga keputusan rayuan yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Oktober depan. Amelia juga memberitahu banyak pengajaran diperoleh sepanjang berdepan kes mahkamah. "Saya hormati keputusan mahkamah sebelum ini. Tindakan rayuan ini adalah untuk membuktikan kebenaran di pihak saya. Saya telah mendapatkan nasihat peguam dan bukan buat keputusan sesuka hati. "Saya telah mula berlakon sejak kecil. Kalau ada yang mempersoalkan kerjaya ini, pasti saya akan terasa. Saya tidak akan melakukan sesutau yang boleh memberi kesan kepada kerjaya," katanya kepada pemberita. Amelia ditemui dalam satu sesi sidang media bersama peguamnya di Petaling Jaya pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Amelia Henderson mengaku seronok kerja bawah A. Aida namun tak puas hati diperintah bayar RM213,000... Fail rayuan di Mahkamah Tinggi ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Sekurangnya saya jujur...” - Amelia Henderson tenang dikecam seksi, tak melatah baca komen netizen Pada Ahad lalu, A. Aida dalam sesi temu bual dalam progam Melodi masih menanti permohonan maaf daripada Amelia selain menggesa aktres itu menurunkan video fitnah terhadapnya di laman sosialnya. Sementara itu, Amelia berkata, dia lebih senang untuk tidak mengulas lanjut tentang isu berkenaan kerana enggan menganggu proses mahkamah. "Mungkin ramai yang salah faham dengan tindakan saya ini. Saya pun tidak mahu menjawab sebelum ini kerana menghormati privasi kes yang sedang berjalan. Amelia bersama barisan peguam. "Apa yang saya harapkan semua orang akan mendapat keadilan dalam kes ini. Apa sahaja keputusan rayuan nanti saya akan hormati," ujarnya. Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Amelia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM213,000 susulan melanggar kontrak pembabitannya drama drama Sekali Lagi Cinta Kembali terbitan A. Aida Productions. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!