suria

Air mata seorang adik... Laungan ‘Yak Yak Yeay’ buat Anne sebak, mahu Bell teruskan legasi ‘Ngasri’

PELAKON Datin Anne Ngasri tidak dapat menahan air mata sejak abangnya iaitu pelawak Bell Ngasri memenangi trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) pada 21 Julai lalu.

Anne atau Naszriah Ngasri, 39, berkata, sebagai adik dia dapat merasai penghargaan rakyat negara ini terhadap karier Bell sejak 37 tahun lalu.

"Sejak Bell menang, saya pergi mana-mana orang selalu laung Yak Yak Yeay.

"Saya rasa orang sangat hargai kerjaya dia, itu pun sudah cukup buat saya dan keluarga untuk rasa gembira buat Bell, Alhamdulillah," katanya kepada mStar.

Menyifatkan Bell atau Nasrizal Ngasri, 43, seorang yang kuat bekerja, Anne berkata dia berharap abang kesayangannya itu akan terus berkarya selain membanggakan nama keluarga mereka dalam industri seni tanah air.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi