suria

Watie cair tengok sikap penyayang Shuib, tak sangka dah kahwin romantik orangnya

ISTERI kepada Shuib iaitu Watie Hanifiah mengakui pada awalnya dia berasa sangsi untuk menerima cinta pelawak dan penyampai radio Suria FM itu.

Ini kerana Shuib tidak pernah menunjukkan sikap romantik semasa di awal perkenalan mereka.

Watie, 35, bagaimanapun berkata selepas berkahwin barulah dia menyedari Shuib seorang yang romantik dan penyayang terhadap keluarga.

“Sebelum kahwin saya sendiri pun rasa 50-50 (kahwin), saya fikir sebenarnya Shuib pilih saya sebab anak-anak dia je ni.

“Pernah ada rasa macam betul ke nak teruskan perkahwinan ini sebab bila berjumpa Shuib ni orang yang senyap dan serius.

“Kita nampak dia dengan arwah (Siti Sarah) romantik, dengan saya tidak pula romantik.

“Tapi itu sebelum berkahwin, bila dah kahwin lain sangat,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi