suria

“Sebab kau aku nak belajar al-Quran”... Qawiy buka mata ramai artis selepas buat ‘content’ sambung baca surah

PERSONALITI media sosial Qawiy mengakui seronok dikenali kerana penghasilan content dan video positif di media sosial.

Kata Abdul Qawiy Abd Rashid, 26, perkara paling manis apabila ada artis yang bertemu dan memberitahu mahu kembali belajar al-Quran selepas menonton video content sambung ayat al-Quran

“Perkara paling bermakna apabila orang ingat saya dengan perkara baik, bila orang cakap content saya ingatkan mereka dengan kalimah Allah.

“Itu yang seronok sebenarnya, ada artis-artis juga yang jumpa saya kata sebabkan saya mereka nak mengaji balik al-Quran.

“Jadi benda itu jadi impak yang bermakna untuk saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi