suria

Badan cepat sakit, Beto Kusyairy kongsi pengalaman berlakon ‘The Original Gangster’… “Saya sedar dah tua”

PELAKON Beto Kusyairy berkongsi pengalamannya berlakon dalam filem aksi arahan pengarah Syamsul Yusof berjudul The Original Gangster.

Kata Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman, 43, kekuatan fizikalnya kini tidak seperti dahulu namun bersyukur tiada sebarang kecederaan serius yang berlaku sepanjang sesi penggambaran filem berkenaan.

“Bila kita buat filem aksi perlukan tuntutan dari sudut fizikal, apa yang saya sedar saya dah tua untuk buat aksi.

“Persediaan awal tu saya perlu lebih panjang, bila dah masuk umur 43 ini buat aksi saya dah rasa tak macam dulu itu paling ketara.

“Badan pun dah cepat-cepat sakit, tapi Alhamdulillah masih tiada kecederaan serius yang berlaku pada diri saya setakat lebam-lebam tu benda biasa,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Beto baru sahaja meraih Aktor Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-35 pada 21 Julai lalu.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi