suria

Andi Bernadee pernah dimalukan atas pentas, penonton tak layan persembahan siap toleh tempat lain

PENYANYI Andi Bernadee berkongsi pengalaman memalukan apabila tidak dilayan oleh penonton ketika menjayakan satu persembahan ketika di awal pembabitannya dalam industri seni pada tahun 2017.

Berkongsi mengenai perkara itu, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 32, berkata kejadian itu telah lama berlalu, namun sehingga kini masih memberikan kesan mendalam buatnya.

“Ramai ingat saya ni artis baharu tetapi saya dah berada dalam industri hampir 20 tahun. Saya bermula sewaktu umur belasan tahun lagi dan kenangan yang tak lupa bila waktu nama saya mula nak naik sekitar tahun 2017.

“Semasa itu satu stesen radio ni buat acara dan memang ramai artis popular yang buat persembahan... apabila tiba giliran saya naik pentas, penonton yang hadir toleh tempat lain dan hentikan rakaman video.

“Masa tu memang rasa nak nangis pun ada... turun pentas nasib baik krew produksi tenangkan saya dan berikan kata-kata semangat, tapi perkara tu memang saya akan ingat sampai bila-bila,” kata Andi kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi