suria

“Jangan buat bukan-bukan”… Elly Mazlein nasihat artis BBNU ikhlas kerja betulkan niat

PENYANYI dan pengacara Elly Mazlein menasihati artis baharu supaya banyakkan bersabar sebelum mencapai sesuatu trofi kejayaan.

Mengulas mengenai perkara itu, Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, meminta mereka tidak cepat putus asa dalam mengejar cita-cita.

“Sebenarnya untuk jadi anak seni tidak boleh ada perasaan putus asa, sebab kadang-kadang mungkin setengah orang rezeki dia awal setengah lagi lambat.

“Macam saya memang rezeki saya lambat jadi jangan putus asa, tak kisah cepat atau lambat yang penting jangan putus asa, ikhlas bekerja dan jangan buat bukan-bukan.

“Pada saya ikhlas, tawakal, reda, jangan tindas orang dan niat sentiasa kena betul yang paling penting kena sabar,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom berjaya memenangi pengacara TV Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 pada 21 Julai lalu dan ia merupakan anugerah pertama sepanjang 25 tahun terlibat dalam dunia seni.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi