suria

Niat sedekah tapi ramai ambil kesempatan… Iqbal terkejut ada minta duit beli iPad, selesai hutang peribadi

USAHAWAN Iqbal Zulkefli kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas niatnya mahu memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Kata Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, dia menerima banyak mesej daripada individu yang memerlukan bantuan namun kebanyakannya bersifat peribadi semata-mata.

“Saya sebenarnya terkejut apabila menerima banyak mesej untuk meminta bantuan kepada saya sebab ada yang minta barangan lain seperti komputer riba, telefon baharu dan minta bayar hutang sedangkan sudah beritahu yang saya mahukan orang kritikal yang sedang sakit atau terlantar.

“Saya takut orang ambil kesempatan dan tak faham sebenarnya... walaupun sudah jelas beberapa kali kepada mereka. Lagi pun saya bukan orang berada sangat.

“Saya kecewa juga sebab ada sesetengah tu minta RM 5OO untuk beli barangan peribadi dan terlalu ramai dan tak terkawal, bila ramai sangat jadi tak mampu tampung.

“Mereka minta bantuan macam seolah-olah ni saya ni menteri mahu pun kerajaan besar pula,” kata Iqbal kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi