suria

Tak sangka ramai peminat, Mimi Peri mahu lebarkan bakat lakonan di Malaysia… “Saya sebenarnya pemalu”

PERSONALITI media sosial dari Indonesia iaitu Mimi Peri tidak menyangka kehadirannya di Malaysia disambut baik oleh peminat.

Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani, 35, berkata ini merupakan kali pertama dia berkunjung ke Kuala Lumpur dan berharap dapat terus melebarkan sayap lakonan di negara ini.

“Saya sangat terkejut dengan penerimaan peminat di Malaysia kerana mulanya hanya lihat di komen media sosial saja tapi bila hadir ke Malaysia rupa-rupanya saya dikenali.

“Saya sangat seronok, lagi-lagi dapat melihat Menara Berkembar Petronas KLCC... Alhamdulilah Datuk Fizz dan Datin Almy layan saya dengan baik sepanjang berada di sini.

“Ini merupakan pengalaman pertama datang ke Malaysia dan InsyaAllah sekiranya diberikan peluang lagi memang saya mahu lebarkan sayap ke Malaysia kalau ada rezeki,” kata Mimi kepada mStar.

Filem Mat Tudung Begins arahan Fizz Fairuz bakal ditayangkan di pawagam pada Khamis ini.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi