suria

Peluk Mimi Peri, Almy Nadia tak baca komen takut sakit hati… “Kadang kita buat sesuatu tanpa sedar”

GARA-GARA memeluk influencer terkenal dari Indonesia iaitu Mimi Peri, pelakon Datin Almy Nadia menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen.

Insiden peluk itu berlaku secara spontan apabila Mimi terlalu teruja apabila berjumpa kali pertama dengan Almy sewaktu berkunjung ke Malaysia, baru-baru ini.

Terbuka menerima kecaman netizen itu, Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 37, bagaimanapun meminta netizen agar menulis teguran secara berhemah.

“Saya tak perlu respon apa pun sebenarnya dan tak perlu membalas segala komen mahupun kritikan dengan cara apa sekali pun, apa orang nak cakap tu biarkan la!

“Saya tak nak tambah dosa untuk bercakap atau menulis... mungkin itu yang terbaik buat mereka (netizen) dengan membuat teguran cara sedemikian.

“Mereka boleh saja mesej saya secara peribadi untuk tegur mengenai perkara ini, tidak perlu secara umum dan saya tak baca pun segala komen itu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi