suria

Tujuh tahun kenal tapi Shashic baru tahu tabiat isteri, rezeki sebagai pelawak semakin murah lepas kahwin

SEBULAN mendirikan rumah tangga, pelawak Shashic Iewan banyak perubahan berlaku pada dirinya sejak bergelar suami kepada Filzah Awok.

Tidak hanya itu, Shashic atau Muhammad Noor Shashic Iewan, 32, memberitahu dia semakin memahami sikap dan personaliti isterinya meskipun sudah mengenali sejak tujuh tahun lalu.

"Alhamdulillah bila sudah berkahwin, kita dapat kenali hati budi pasangan dengan lebih baik.

"Awal-awal kahwin terkejut juga bila bangun tidur, ada perempuan dekat sebelah tapi Alhamdulillah kami sedang melalui fasa manis sebagai suami isteri dan mengenali diri masing-masing dengan lebih baik," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shashic memberitahu rezeki dalam bidang seni juga semakin murah selepas mereka berkahwin malah banyak tawaran datang buat mereka berdua.

"Rezeki selepas berkahwin Alhamdulillah sebab ramai bagi tawaran kerja dan kebanyakannya daripada produksi Astro.

"Untuk perancangan anak pula, saya tak kisah pun... Kalau diberi rezeki awal, Alhamdulillah," katanya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi