suria

Terjatuh pokok rambutan, CEO Batu masuk hospital sebulan… Hentakan punca hati bengkak, pendarahan dalaman

GARA-GARA terjatuh pokok rambutan, personaliti media sosial CEO Batu atau mesra disapa Black ditahan di wad selama 27 hari.

Kata Black, dia mengalami pendarahan dalaman dan kondisi tubuhnya menjadi teruk akibat hentakan jatuh pokok it.

“Disebabkan hentakan daripada jatuh pokok itu juga hati saya bengkak.

“Doktor kata saya ada lemak di hati dan apabila berlaku hentakan kondisi badan saya jadi lebih teruk.

“Mata saya jadi kuning, sesak nafas dan makan pun tak lalu.

“Selepas keluar dari hospital saya ada buat fisio.” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Black dimasukkan ke hospital pada 30 Jun dan dibenarkan pulang pada 27 Julai lalu.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi