SELEPAS pulang daripada bercuti bersama keluarga di Semporna, Sabah, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mendedahkan tubuhnya keluar darah kotor dengan begitu banyak sejurus tiba di Semenanjung.
Kata Vida atau Hasmiza Othman, 52, dia tidak menolak darah kotor yang keluar itu merupakan tindak balas gangguan sihir yang pernah dialaminya sejak beberapa tahun lalu.
“Selepas saya balik dari Semporna hari itu, sampai sahaja semenanjung badan saya keluar darah iaitu darah kotor.
“Maknanya sihir tu dah pergi selepas saya melalui laut dan ombak-ombak di sana,” katanya kepada mStar.
Sebelum ini, Vida sempat berkongsi dia pernah mengalami gangguan sihir sejak tahun 2017 sehingga 2020
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI