suria

Rezeki satu keluarga dapat ‘job’ reviu, Ain Edruce lega suami tak minta bayaran

PELAKON dan pengacara Ain Edruce bersyukur rezeki buat keluarganya melimpah ruah apabila sering menerima tawaran membuat reviu produk.

Kata Ain, kebanyakan klien mahu dia melakukan kerja berkenaan bersama suaminya iaitu Muhammad Amirul Hafiz dan anak perempuan mereka, Soraya.

Ain atau Nurain Edruce, 32, berkata dia seronok suami memberikan kerjasama baik sepanjang menyelesaikan tugas diminta itu.

“Saya memang terima banyak job dengan Mirul dan Soraya untuk melakukan review produk sebab kebanyakkan client memang suka kami, jadi harga pakej satu keluarga.

“Walaupun bayaran satu keluarga tapi saya ambil semua duit tu... Alhamdulilah suami saya tak pernah minta hasil duit tu kerana dia rasa itu rezeki untuk membantu saya,” kata Ain kepada mStar.

Ditanya mengenai perancangan anak kedua, Ain berserah ketentuan serta rezeki tuhan.

“Saya memang ada perancangan untuk berikan Soraya adik tapi bukan untuk tahun ini sebab saya sibuk dengan komitmen kerja... mohon semua doakan buat saya ya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi