suria

Iman troye rakam semula lagu ‘Kesetiaan’, menangis kerana Siti Sarah… Rindu suara dan gelak tawa arwah

GENAP dua tahun pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin, penyanyi Iman Troye mengenang pemergian arwah dengan menyanyikan semula lagu Kesetiaan.

Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, berkata lagu tersebut meninggalkan kesan cukup mendalam buatnya hingga dia menitiskan air mata sewaktu merakamkan kembali lagu berkenaan.

“Lagu ini saya hadiahkan buat peminat yang merindui arwah sempena genap dua tahun pemergiannya, idea ini terhasil sewaktu saya nyanyi cover di TikTok kemudian ramai minta saya buat versi penuh.

“Sewaktu nak nyanyi lagu tu memang sebak sangat-sangat dan Iman rasa macam arwah ada lagi, selalu kalau rindu Iman akan pergi ke pusaranya untuk ceritakan apa yang saya rasa.

“Terkilan sebab semasa Anugerah Juara Lagu (AJL) dulu, saya nak sangat Kak Sarah tengok persembahan saya. Iyalah semasa saya sekolah dulu dia pernah datang berjumpa dan kata satu hari nanti mungkin saya akan berada di pentas besar dengan nama sendiri,” kata Iman kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi