suria

Dua bulan bergelar suami, Dini Schatzmann bongkar perangai sebenar Janna Nick… Rupanya ‘soft spoken’ di rumah

DUA bulan bergelar suami kepada pelakon Janna Nick, aktor Dini Schatzmann memberitahu sikap isterinya sangat berbeza ketika berada di rumah.

Kata Dini, 29, isterinya itu seorang yang pendiam tidak sama seperti yang dilihat oleh orang ramai.

“Orang ramai lihat Janna happy go lucky, loud and energetic, tapi yang itu Janna Nick ketika dia bekerja.

“Saya pula seorang introvert jadi bila berdepan dengan ramai orang mungkin saya lebih senyap berbanding Janna.

“Tapi dekat rumah sangat berbeza, Janna pendiam tapi saya yang sebaliknya, sampai Janna cakap saya perangai macam monyet,” katanya kepada mStar.

Aktor filem Malbatt Misi Bakara itu juga sempat mengulas mengenai perancangan cahaya mata.

“Kami berdua memang nak sangat ada anak cuma kita hanya boleh rancang Allah yang menentukan.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi