suria

Hampir 20 tahun berkahwin, Mark Adam dan isteri sabar menanti rezeki zuriat… “Reda itu lebih baik”

PENYANYI Mark Adam memberitahu dia dan isterinya Norazah Redzuan masih meletakkan harapan agar dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Kata Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 44, meskipun hampir 20 tahun usia perkahwinan mereka namun kasih sayangnya terhadap isteri iaitu Norazah Redzuan tetap utuh walau tanpa kehadiran cahaya mata.

“Kami masih berharap tapi rezeki itu Allah yang berikan dan kena bersabar serta tunggu, tapi dalam waktu tu janganlah kita stress atau buatkan pasangan kita berbalah mengenai isu anak ini.

“Masa bernikah dengan isteri, saya sudah berjanji depan masjid dan hadapan tuhan untuk jaga dia, ada juga komen-komen daripada netizen tanyakan mengenai hal zuriat ini.

“Walaupun isu zuriat ini sering diperkatakan tapi saya dan isteri jadi lebih rapat malah segala komen itu saya ambil ia sebagai perkara positif sebab keluarga pun ada berikan kata-kata moral,” kata Mark kepada mStar.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada tahun 2003.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi